Pertama kita dapat mengenali negeri kita atau negeri luar baik dari segi geografinya mahu pon adat resam, budaya bahasa,serta value system masyarakat setempat.pengetahuan2 ini sudah tentu boleh promote understanding dan kerjasama antara penduduk dunia dan dikalangan masy setempat.Disini juga kita dapat melihat kepelbagaian ragam manusia didunia ini.
Kita juga merasa teruja dan gembira apabila sampai atau tiba ditempat baru.Ini perasaan dan sikap yang biasa dialami mereka yang pergi melancung.
Selain dari itu melancong juga dapat menyedarkan kita kepada kebesaran Tuhan yang mencipta alam ini dengan segala keindahannya dan kepelbagaiannya. Barangkali akan timbul perasaan cinta dan sayang kepada alam sekitar dan pastinya akan timbul kesedaran untuk melindunginya dari kemusnahan.
Lawatan ke tempat bersejarah dan muzeum2 memberikaan kita banyak pengetahuan dan maklumat2 tentang evolusi perubahan manusia dari segi pemikiran, budaya, sosial,politik dan ekonomi.
Peluang merehatkan fikiran.dan kita juga memperolehi kecergasan fizikal. Jika kita mengunjungi tampat2 yang indah dan menarik dan nyaman ditemani orang2 yang kita sayangi ia mampu menenangkan fikiran kita.Selain itu dengan banyak berjalan kaki kesana sini kita menjadi lebih cergas dari segi fizikal dan menjadi lebih sihat.

Melancong juga berupaya membuka minda kita untuk membuat perubahan2 dalam banyak perkara seperti sikap, cara bekerja,world view tentang hidup dan kehidupan. Ini terjadi apabila kita melihat dan mempelajari unsur2 yang baik ditempat2 yang kita lawati.Pasti akan timbul kesedaran2 untukmemperbaiki dan berubah.
Akhir sekali jika ada peluang melanconglah. Anda pasti terhibur dan mendapat manafaat.





0 comments:
Post a Comment